Laporan/foto: Noor Shameiza Abd Razak (Kota Setar)/ JaPen Kedah
KUALA KEDAH, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Penganjuran Program Semarak@Muzium Kota Kuala Kedah merupakan program kemasyarakatan berkonsepkan muzium bersama komuniti yang menjadi platform strategik dan usaha progresif pihak Jabatan Muzium Malaysia (JMM) mengangkat dan memartabatkan pelbagai warisan tradisi, seni, budaya serta sejarah negara khususnya di negeri Kedah.
Menurut Ketua Muzium Kota Kuala Kedah Suhaimi Othman, tema Muzium dan Komuniti telah dipilih untuk sambutan Semarak@Muzium Kota Kuala Kedah bagi tahun ini memandangkan muzium dan komuniti adalah dua entiti yang perlu saling melengkapi antara satu sama lain bagi tujuan pembentukan sahsiah dan jati diri masyarakat.
“Keupayaan muzium untuk mempelbagaikan proses penyampaian maklumat dan memberikan pendidikan kepada masyarakat terhadap sejarah, budaya dalam membentuk identiti serta meningkatkan kesedaran terhadap warisan tempatan,” ujarnya semalam.
Salah seorang pengunjung yang ditemui, Muhammad Khairul Aswar Abd Rahman, 34, meluahkan rasa gembira dengan penganjuran program seperti ini.
“Alhamdulillah saya bersama anak dan isteri berpeluang menghadiri program hari ini dan berasa teruja untuk turut serta dalam Pertandingan Busana Tradisonal yang dinobatkan dalam Malaysia Book Of Record kerana terpaling ramai penyertaan dalam peragaan,” katanya.
Sepanjang penganjuran Prpgram Semarak@Muzium Kota Kuala Kedah selama dua hari bermula kelmarin, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti persembahan kebudayaan, sukan rakyat, pameran, demontrasi oleh jabatan dan agensi, pertandingan pakaian tradisional, memancing, menjala dan pertandingan gusti lengan.
-ZS-