Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kelapa Hibrid Mampu Jana Keluaran Lebih Tinggi

By 8 Oktober 2024Oktober 9th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)

RUNGKUP, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Pengusaha tanaman kelapa disaran untuk beralih daripada penanaman kelapa biasa kepada kelapa hibrid untuk menjana hasil pengeluaran yang lebih tinggi.

Menurut Ketua Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Bagan Datuk Wan Khairul Anuar Wan Ali, berbanding kelapa biasa hasil pengeluaran kelapa hibrid mampu menjana hasil yang lebih tinggi dengan kapasiti pengeluaran melebihi 25,000 biji setahun.

“Daya ketahanannya terhadap serangan penyakit dan perosak juga lebih baik selain mempunyai kadar tumbesaran yang sederhana,” ujarnya ketika ditemubual di reruai pameran MARDI sempena program Jelajah Hari Terbuka Universiti Selangor (UNISEL) dan Kelapa Fest Bagan Datuk (KFBD) 2024, di sini kelmarin.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk ketika sesi sidang media

Di reruai itu, turut dipamerkan empat variasi kelapa hibrid yang merupakan hasil kejayaan penyelidikan MARDI Bagan Datuk iaitu Mylag, Marleca, Carena dan Careni.

Dalam program sama, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penstrukturan semula komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia.

“Penstrukturan ini akan memberi manfaat kepada lebih 215,000 pengusaha tanaman kelapa di seluruh negara tanpa perlu memperuntukkan perbelanjaan atau perjawatan tambahan kepada agensi terlibat kerana hanya menggunakan sumber tenaga sedia ada,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda