Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kembara Kasih Madani Mekanisme MAIWP Lestarikan Skim Bantuan Agihan Zakat

By 7 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/MAIWP Labuan

LABUAN, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Program Kembara Kasih Madani 2024 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan adalah salah satu mekanisme ‘turun padang’  MAIWP dalam melestarikan skim-skim bantuan agihan zakat yang ditawarkan.

Golongan nelayan turut disantuni MAIWP

Menurut Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, berkata program itu juga bertujuan mendengar secara langsung masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat dan mencari penyelesaian yang terbaik.

“Selain itu program ini juga untuk menghebahkan kepada rakyat akan dasar, pendekatan dan program yang dilaksanakan oleh MAIWP serta mendengar maklum balas daripada masyarakat setempat yang sememangnya amat berguna dalam merancang program-program baru pada masa hadapan untuk manfaat asnaf berpandukan kepada SOP.

“Saya menyeru agar MAIWP sentiasa turun padang dengan lebih kerap untuk memahami masalah asnaf serta boleh dijadikan satu amalan produktif untuk mendekati asnaf yang terkesan dengan lebih dekat,” katanya semasa merasmikan program itu di sini, semalam.

Syed Kamarulzaman (tiga dari kiri) menziarahi salah seorang penerima bantuan rumah MAIWP

Tambahnya, pada tahun 2024 MAIWP Labuan memperuntukkan sebanyak RM88 juta untuk agihan zakat serta pemerkasaan dan kesejahteraan asnaf.

“Jumlah peruntukkan yang cukup besar ini mencerminkan kesungguhan MAIWP di Labuan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik untuk meneruskan kehidupan seharian, ini dibuktikan sehingga 30 September 2024 MAIWP Labuan telah mengagihkan bantuan sebanyak RM65.3 juta,” ujarnya.

Pada program tersebut, MAIWP singgah di beberapa lokasi dan menyantuni golongan asnaf dengan menyampaikan bantuan zakat antaranya bantuan wang tunai kepada golongan asnaf, sumbangan minyak pelincir enjin dan Bantuan Keusahawanan Asnaf.

-AA-

Tinggalkan komen anda