Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Latih Amal Bencana Persediaan Bagi Agensi Terlibat Laksana Tugas Lebih Cekap

By 24 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hanafi Sariman/Nurul Wahida (Timur Laut)

BUKIT BENDERA, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Timur Laut bersama agensi-agensi terlibat yang diketuai oleh Pegawai Daerah Timur Laut Dato’ Rosli bin Halim telah mengadakan Latih Amal Bencana Peringkat Daerah Timur Laut (Ex-Guillemard), semalam.

Gimik perasmian oleh YB Lee Boon Heng ADUN Kebun Bunga & YBhg Dato’ Rosli Halim, Pegawai Daerah Timur Laut

Menurut beliau, latihan ini merupakan satu platform penting untuk memastikan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara efisien.

Operasi menyelamat pihak bomba

“Latih amal ini adalah penting sebagai persediaan kepada semua agensi terlibat supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap, bersepadu dan berkesan,” katanya.

Latih amal pada kali ini melibatkan beberapa situasi iaitu kolam takungan air pecah akibat hujan lebat, runtuhan tanah yang mengakibatkan kejadian pokok tumbang dan kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan yang membawa klorin.

Sesi amal kita kali ini melibatkan 389 orang peserta termasuk urusetia, sembilan orang pemerhati dari pelbagai agensi dan turut di bantu oleh aset-aset agensi kerajaan.

-AA-

Tinggalkan komen anda