Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

YSB Prihatin Salur Sumbangan kepada Tabung Bencana dan 100 Keluarga Sempena Deepavali

By 24 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)

ALOR SETAR, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) telah menyampaikan sumbangan kepada Tabung Bencana Negeri Kedah yang meliputi empat buah daerah yang dilanda bencana banjir iaitu daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Baling dan Pendang baru-baru ini.

Wakil dari Pejabat Daerah dan Tanah Pendang menerima sumbangan daripada YSB.

Pengurus Besar YSB Misbah Datouk Haji Abdul Hamid, berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu daerah yang terkesan akibat bencana.

“Pihak yayasan juga berharap agar sumbangan kepada Tabung Bencana ini dapat dimanfaatkan oleh daerah-daerah terlibat dalam usaha pemulihan kawasan banjir,” ujarnya.

Setiap daerah menerima sumbangan sebanyak RM3,000.

Majlis yang diadakan di sebuah hotel, di sini semalam dihadiri seramai 100 ketua keluarga terdiri daripada golongan B40, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal di sekitar negeri Kedah turut memberi sumbangan kepada penerima yang bakal menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi.

Sumbangan berjumlah RM20,000 itu diagihkan kepada para penerima dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah dan disempurnakan oleh Ahli Lembaga Amanah YSB selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan YSB Yang Teramat Mulia Datin Paduka Datuk Tunku Hajah Nafisah Almarhum Sultan Badlishah.

Sumbangan kepada penerima yang akan menyambut Deepavali minggu hadapan.

Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perpaduan Datuk Hajah Halimaton Shaadiah Saad, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Masyarakat Cina, India, Siam dan NGO Wong Chia Zhen, Pegawai Daerah Kota Setar Datuk Haji Hakim Ariff Md Noor Datin dan Ahli Lembaga Amanah YSB Wira Hajah Ramizan Ibrahim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda