Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program JIWA MADANI Salur Maklumat kepada Pelajar Siam

By 26 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Sazali Ab Hamid/Nik Muhammad Faiz Faizal (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Terima kasih JaPen!

Demikian ungkapan yang dizahirkan guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek apabila sekolah tersebut dipilih sebagai lokasi pelaksanaan Program JIWA MADANI DUN Pengkalan Hulu, di sini kelmarin.

Mohd Faizul ketika berucap.

Menurut Mohd Faizul Sabri, program sebegini julung kali dilaksanakan di sekolah tersebut yang rata-ratanya memiliki pelajar daripada masyarakat Siam.

“Program ini disesuaikan dengan keperluan pelajar dalam mengetahui maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan, berbeza dengan program yang pernah diadakan sebelum ini,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pengkalan Hulu selaku penceramah Frieda Andreen Abd Rahman, berkata topik berkaitan scammer dan jenayah siber yang dibawakan hari ini tidak berat dan sesuai dengan audien yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

“Memandangkan semua pelajar di sini menggunakan Internet, mereka mudah terdedah dengan jenayah tersebut sekiranya tanpa pemantauan ketat ibu bapa.

Frieda semasa menyampaikan taklimat.

“Diharapkan dengan maklumat yang kita kongsikan hari ini dapat membantu menyekat kejadian tidak diingini daripada berlaku,” katanya.

Hadir merasmikan majlis Pegawai Penerangan Daerah Pengkalan Hulu Sapawi Osman.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Hulu Perak Mohd Rosiah Ahamed selaku penceramah berkenaan topik kenegaraan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda