Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Skim Takaful Tanaman Padi Bantu Pesawah Terkesan Akibat Bencana

By 1 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Shameiza Abd Razak (Kota Setar)/PPK Mada

ALOR SETAR, 1 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 2,074 orang pesawah dan pengusaha-pengusaha pertanian di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Negeri Kedah yang terjejas akibat bencana banjir telah menerima sumbangan bakul makanan dalam Program Sentuhan Madani Negeri Kedah bertempat di Pekarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Tajar, di sini semalam.

Program yang dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Haji Mohamad Sabu  turut mengumumkan KPKM sedang melalui proses melaksanakan peralihan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) kepada Skim Perlindungan Takaful Agromakanan yang akan dimulakan dengan subsektor tanaman padi iaitu Skim Takaful Tanaman Padi (STTP).

Pengerusi MADA menyampaikan taklimat ringkas berkaitan kawasan tanaman padi kepada Mohamad Sabu.

“Skim yang diterajui oleh Agrobank ini meliputi skop perlindungan bagi kejadian bencana alam.

“STTP menyediakan perlindungan tanaman padi yang lebih baik kepada pesawah berdaftar sehingga RM3,000 semusim per hektar mengikut usia tanaman. Bagi fasa pertama pelaksanaannya dijangka bermula musim kedua tahun 2024,” katanya.

Salah seorang pesawah yang ditemui, Hj Abdul Malik Saad, 58, meluahkan rasa gembira dengan pengumuman ini.

“Alhamdulillah kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama yang terkesan akibat bencana seperti petani-petani di negeri Kedah khususnya.

“Program perlindungan seperti yang diumumkan ini amatlah bertepatan dan sekurangnya-kurangnya dapat menampung beban pesawah yang terkesan akibat bencana alam,” ujarnya.

Antara sebilangan petani yang menerima sumbangan.

Turut hadir Pengerusi MADA Datuk Dr. Ismail Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PPK MADA Ishak Taib, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MADA, Pengarah-Pengarah Jabatan dan agensi di bawah KPKM Negeri Kedah serta Pegawai-Pegawai Kementerian, Jabatan dan agensi di Peringkat Persekutuan dan Negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda