Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Gua Niah – Khazanah Tapak Bersejarah Sarawak

By 26 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

MIRI, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Gua Niah merupakan khazanah tapak bersejarah yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri dan diletakkan dibawah bidang kuasa Muzium Sarawak.

Lukisan-lukisan prasejarah di dalam Gua Lukisan.

Gua ini terletak di dalam Taman Negara Niah iaitu kira-kira 90 kilometer (km) dari bandar raya Miri jika melalui Lebuhraya Persisiran Pantai dan hanya tiga km dari pekan Batu Niah, sebuah pekan kecil tidak jauh dari persimpangan jalan raya Miri – Bintulu.

“Gua Niah ini merupakan destinasi pilihan untuk percutian bersama rakan-rakan dan merupakan kali kedua kami mengunjungi tempat ini dan kali ini juga kami berjaya sampai ke gua yang paling jauh iaitu Painted Cave (Gua Lukisan) lebih kurang 4.1 km dari jeti,” kata seorang guru Tay Yit Ping, 40, ketika ditemui semalam.

“Apabila sampai ke Gua Lukisan, di situ saya dapat melihat dengan sendirinya lukisan-lukisan gua prasejarah yang menggambarkan pelbagai bentuk kehidupan, membuka jendela kepada masa lalu yang penuh misteri,” katanya.

Tay Yit Ping (tengah) merakam gambar kenangan bersama rakannya di gerbang pintu masuk Taman Negara Niah.

Menurutnya lagi, Taman Negara Niah merupakan sebuah mutiara yang tersembunyi di Sarawak, menawarkan kombinasi yang sempurna antara kecantikan alam semula jadi dan nilai sejarah yang tidak dapat diperkirakan.

“Saya berasa bangga dengan Kompleks Gua Taman Negara Niah di Sarawak yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Julai yang lepas dan ianya mampu memberi impak besar kepada sektor pelancongan Malaysia,” katanya.

Tinggalkan komen anda