Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Ajaran Sesat Ancam Akidah Umat Islam

By 26 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 300 orang agamawan merangkumi tiga daerah di Johor telah menghadiri Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Johor 2024 yang berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Parit Raja, di sini semalam.

Peserta Zon Tengah Johor dari daerah Batu Pahat, Muar dan Kluang.

Timbalan Mufti Johor Datuk Ahmad Faisal Mohamed, berkata seminar anjuran Jabatan Mufti Johor ini membincangkan tentang cabaran ancaman akidah umat Islam terhadap bahaya ajaran sesat yang berleluasa di negeri ini.

“Ajaran sesat seperti Millah Abraham ini dikesan berkembang di Malaysia sejak tahun 2013 lagi dengan membawa ancaman memecahbelahkan kekeluargaan dimana pengikutnya bersifat memutuskan hubungan dengan ahli keluarga sekiranya mereka tidak mahu ikut serta ajaran terbabit.

“Ajaran ini juga tidak mengiktiraf syahadah yang menjadi terasiman umat Islam serta ingkar dan tidak percaya dengan hadis Rasullullah Sallallahualaihiwasallam,” katanya.

Penyampaian sijil tauliah tarekat negeri Johor.

Sepanjang program ini berlangsung para peserta dari daerah Batu Pahat, Muar dan Kluang turut didedahkan dengan maklumat-maklumat mengenai ciri-ciri mengenal pasti kumpulan ajaran sesat yang menyimpang dari ajaran Islam dan juga garis panduan penganjuran majlis zikir di negeri Johor.

Turut hadir Mufti Negeri Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (ISWAJ) UTHM Mustapahayuddin Abdul Khalim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda