Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Nostalgia Anak Kampung Pendekatan Muzium Dekati Masyarakat

By 17 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 17 Nov(Malaysiaaktif) – Program Nostalgia Anak Kampung (NAK) merupakan satu pendekatan untuk menaikan keragaman dan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya yang boleh mendorong kesepakatan dalam membina sebuah bangsa yang harmoni dan sejahtera selaras dengan konsep Malaysia Madani.

Acara larian bendang mengamit nostalgia zaman dahulu.

NAK di Muzium Negara telah bermula pada tahun 2016. Pada asalnya ia diadakan sebagai pengisian aktiviti ketika cuti sekolah sahaja.

Namun aktiviti ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada kalangan pengunjung tempatan dan luar negara menyebabkan program ini sebagai acara wajib di Muzium Negara pada setiap tahun.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Rahimi Ismail, berkata semangat perpaduan dan toleransi dalam kalangan masyakat perlu disemai bagi mengukuhkan lagi ikatan persefahaman.

“Selain itu kesedaran akan kepentingan mengangkat, memelihara dan melestarikan kepelbagaian serta keindahan sosiobudaya tempatan sememangnya wajar diperjuangkan kerana elemen ini semakin terhakis oleh arus perkembangan pesat dunia globalisasi.

“Masyarakat hendaklah sentiasa memelihara seni dan budaya tradisi yang diwarisi daripada leluhur kerana ia membawa peranan yang besar dalam menyumbang kepada pembangunan dalam membentuk sesebuah negara bangsa yang beridentiti,” ujarnya semalam.

Tarik tali dalam bendang antara acara yang diadakan.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Datuk Kamarul Baharin A. Kasim.

Terdapat lebih 40 pengisian aktiviti telah dirancang sepanjang penganjuran selama tiga hari yang bermula di Muzium Kota Kayang dengan kehadiran lebih 50,000 orang pengunjung melibatkan kalangan belia, pemimpin masyakat, agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti pelbagai kaum.

-ZS-

Tinggalkan komen anda