Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/JKM Pekan
PEKAN, 16 Nov (Malaysiaaktif) – Sebanyak 14 pengkalan hadapan yang dikelola oleh Penghulu di daerah ini menerima barang keperluan sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib, berkata seluruh kepimpinan setempat perlu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada petugas agensi penyelamat dan pusat pemindahan sementara (PPS).
“Pada tahun ini sebanyak 104 PPS di Pekan telah dikenal pasti oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat,” ujarnya sewaktu menyempurnakan pelancaran Misi Penghantaran Barang Keperluan ke Pangkalan Hadapan bagi daerah Pekan, di sini semalam.
Pada majlis berkenaan berkenan Mohamad Nizar melakukan gimik perlepasan, sebuah lori dan dua kenderaan pacuan empat roda membawa muatan barangan makanan berupa sembilan jenis barangan untuk ditempatkan di 14 pengkalan hadapan tersebut.
Turut hadir Pegawai Daerah Pekan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pekan Datuk Zaliza Zulkifli dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Pekan Norbaizura Abdul Latif.
-ZS-