Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sultan Selangor Berkenan Isytihar HGHL Geopark Kebangsaan Pertama di Selangor

By 16 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang

GOMBAK, 16 Nov (Malaysiaaktif) – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengisytiharkan Gombak Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama di negeri ini.

Baginda menyempurnakan pengisytiharan tersebut sempena Karnival Gua Damai di Taman Ekstrem, di sini sekali gus menjadikan kawasan mengandungi tapak warisan geologi itu sebagai geopark ketujuh negara.

Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan Anugerah Ikon Komuniti.

Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Nik Nazmi semasa sembah ucapan, berkata geopark berkeluasan 112,955 hektar merentasi daerah Gombak dan Hulu Langat itu merupakan Geopark Kebangsaan pertama di Selangor.

Jelasnya, GHL merupakan satu-satunya geopark berada dalam kawasan bandar berbanding yang lain terletak di luar bandar.

“Ini menunjukkan bahawa pembangunan wilayah yang mempunyai warisan berkepentingan geologi, biologi dan budaya tidak dipinggirkan dalam arus pemodenan dan urbanisasi.

“Pengiktirafan GHL merupakan satu lagi pencapaian besar kepada negara khususnya untuk negeri Selangor,” katanya pada Majlis Pengisytiharan GHL Geopark sebagai geopark pertama di Selangor hari ini.

Sultan Sharafuddin turut berkenan melawat reruai Tourism Selangor sempena Karnival Gua Damai.

Menurutnya, sebanyak sepuluh Geopark Kebangsaan termasuk GHL Geopark telah diperakukan sehingga kini selain Jerai di Kedah, Perak (Kinta dan Lenggong), Labuan, Sarawak (Sarawak Delta), Kelantan (Stong), Terengganu (Kenyir), Perlis dan Pahang (Lipis).

“Selain itu, Geopark Langkawi dan Kinabalu telah mendapat pengiktirafan UNESCO Global Geopark (UGGp).

“Pada tahun ini, Jawatankuasa Geopark Kebangsaan telah memperakukan Sarawak Delta Geopark dan Lenggong Geopark untuk dicalonkan sebagai UGGp,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda