Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

KPM Lulus Pembinaan Sekolah Menengah Baharu di BTP

By 6 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

RAWANG, 6 Dis (Malaysiaaktif) – Pembinaan sebuah sekolah menengah di Bandar Tasik Puteri (BTP) sangat diperlukan untuk mengatasi kesesakan pelajar di kawasan terbabit.

William di tapak lokasi ekolah menengah baharu di Bandar Tasik Puteri untuk mengatasi isu kesesakan pelajar di kawasan terbabit.

Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan projek itu dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) Rolling Plan Kelima (RP5) Tahun 2025.

“Ini adalah berita baik yang kita nanti-nantikan dalam tempoh yang agak panjang khususnya bagi penduduk di Bandar Tasik Puteri, mereka memohon agar dapat dibina sebuah sekolah yang baharu.

“Sebuah sekolah yang sedia ada sudah sangat padat sehingga sekolah terpaksa menggunakan kabin yang kini sudah uzur,” katanya.

Jelas William, pihaknya telah membuat permohonan sejak lima tahun lalu namun beliau dan penduduk tetap tidak berputus asa sehingga KPM memberi kelulusan.

William melihat cerun di SK Bandar Tasik Puteri 2 yang telah siap dibaik pilih setelah runtuh susulan hujan lebat pada awal tahun ini.

“Pembinaan sekolah baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Puteri 2 ini merupakan salah sebuah daripada 44 buah sekolah yang akan dibina oleh kerajaan di dalam belanjawan 2025.

“Tapak sekolah terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2 seluas enam ekar namun maklumat terperinci tentang pelan dan kos masih belum dimaklumkan walaupun sudah diluluskan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat tinjauan kerja baik pulih cerun di Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2 yang siap sepenuhnya selepas runtuh pada awal tahun ini susulan hujan lebat.

Peruntukan pembaikan berkenaan berjumlah lebih RM83,000 dan telah siap sepenuhnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda