Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Masjid Anjur Majlis Bacaan Yasin buat Calon Peperiksaan

By 6 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd. Azhar Mat Isa (Muallim)

SLIM RIVER, 6 Dis (Malaysiaaktif) – Pengurusan Masjid Ehsaniah Kampung Kelan mengambil pendekatan meraikan calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) anak-anak kariah masjid tersebut dalam sebuah Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat.

Penyampaian sumbangan kepada calon peperiksaan SPM, SPMV dan STPM.

Majlis yang diadakan, di sini malam tadi dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan bacaan surah Yasin sebelum diteruskan dengan penyampaian sumbangan berupa wang tunai dan alat tulis oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kelan Abdul Khar Mohamad Basir.

Menurut Pengerusi Masjid Ehsaniah Ustaz Zulkarnain Yusop, anak-anak kariah yang merupakan calon peperiksaan dikumpul bersama ahli keluarga dan masyarakat setempat untuk sama-sama memohon agar dipermudahkan urusan serta dilapangkan dada ketika menghadapi peperiksaan.

Solat hajat memohon agar dipermudahkan urusan menghadapi peperiksaan.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus membantu menjayakan majlis ini termasuk sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk Petronas Slim River, Klinik Anda dan sumbangan peribadi kariah,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar anak-anak ini tetap ingat pada Allah SWT bahawa usaha bersungguh-sungguh bukan untuk cemerlang semata-mata, bahkan untuk beroleh keberkatan serta menjadi anak yang soleh buat ibu bapa.

Seramai 20 calon serta wakil SPM, SPMV dan empat calon STPM bersama ahli keluarga serta jemaah kariah masjid hadir pada majlis tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda