Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kursus Pengurusan Jenazah Perkasa Ilmu Fardu Kifayah Komuniti Teluk Kumbar

By 5 Disember 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ainsyah Hamid/Mawarni Ismail (Barat Daya)

BAYAN LEPAS, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Lebih 60 orang peserta terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Surau An Nur dan Komuniti MADANI Teluk Kumbar, menyertai Kursus Pengurusan Jenazah, yang diadakan Surau An Nur,  di sini kelmarin.

Peserta turut mengambil peluang melakukan pengurusan jenazah secara pratikal.

Program ini bertujuan memupuk kefahaman mendalam mengenai pengurusan jenazah, yang merupakan Fardu Kifayah dalam Islam.

“Ilmu ini sangat bermanfaat, terutamanya ketika berdepan situasi kehilangan ahli keluarga,” kata Hajah Saimon Mohamad, 53, salah seorang peserta yang menyertai kursus tersebut.

Menurut beliau, penguasaan teknik pengurusan jenazah yang betul bukan sahaja dapat membantu ahli keluarga, tetapi juga dapat menyumbang khidmat kepada masyarakat.

Taklimat dan penerangan daripada Ustazah Hasni.

Melalui kursus ini peserta diberi bimbingan teori dan praktikal oleh Ustazah Hasni Mehad, seorang guru agama dari Bayan Lepas.

Peserta turut didedahkan kepada kaedah penggunaan peralatan pengurusan jenazah secara lengkap dan menyeluruh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda