
Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Merusin Minuddin (Sabah)
KOTA KINABALU, 25 Dis (Malaysiaaktif) –
Pusat Lestari yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bertujuan untuk membeli semula barangan kitar semula dan pusat pengumpulan e-waste iaitu sisa elektronik yang telah rosak dan tidak berfungsi.

Dr. Sabin Mayor Dewan Bandar raya Kota Kinabalu.
Menurut Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Seri Dr. Sabin Samitah, Pusat Lestari ini juga menjadi tempat untuk menerima sumbangan barang-barang terpakai seperti pakaian, permainan kanak-kanak, buku dan kasut.
“Ia juga menjadi pusat pembaikan peralatan komputer, elektronik dan juga pusat pengumpulan pakaian-pakaian yang perlu diperbaiki sama ada melalui jahitan dan sebagainya.
“Setakat ini, sambutan cukup baik kerana di Pusat Lestari ini juga kita memberikan peluang kepada warga kota yang ingin menjalankan perniagaan mereka secara kecil-kecilan sebagai contoh mereka boleh mengambil upah untuk menjahit pakaian-pakaian yang rosak atau memperbaiki peralatan elektronik ataupun komputer yang dihantar ke sana,” jelasnya ketika ditemu bual dalam program Kanou Misorita di sini pada Isnin.

Pusat pengumpulan e-waste yang terdapat di Pusat Lestari.
Menurutnya lagi, pusat itu disediakan untuk menghantar barang-barang untuk dilupuskan mengikut tata cara yang ditetapkan.
“Mereka hendak menghantar di sana untuk diperbaiki pun kita terima juga,” jelasnya.
Pusat Lestari yang bertempat di Dewan Masyarakat di buka setiap hari dari pujul 8.00 pagi hingga 4.00 petang, manakala untuk pembelian berangan kitar semula dan minyak masak terpakai pula dibuka setiap hari Sabtu sahaja dari pujul 9.00 pagi hingga 1.00 petang.
-ZS-