Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Asnaf Terima Kad Fastlane TH Khairat dan Kad Takaful Kasih Plus Agrobank

By 23 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Latifah Salleh/Muhammad Ilham (Muar)

MUAR, 23 Jan (MalaysiaAktif) – Tabung Haji (TH) melancarkan skim perlindungan TH Khairat Tabung Haji dan penyerahan kad Takaful Kasih Plus Agrobank yang membawa keceriaan kepada golongan asnaf di daerah ini.

Pegawai Daerah Muar Zainal Eran, ketika menyampaikan ucapan perasmian

Pegawai Daerah Muar Zainal Eran, berkata inisiatif ini memberi peluang kepada golongan asnaf untuk menikmati manfaat perlindungan takaful yang sangat penting terutamanya ketika berhadapan dengan ketidaktentuan kehidupan.

Penerima-penerima kad Takaful Kasih Plus Agrobank pada majlis pelancaran

“Saya bagi pihak pentadbiran daerah akan meminta Penghulu, Ketua-ketua Kampung dan pimpinan setempat untuk menyebarkan maklumat ini kepada asnaf dibawah kawasan mereka supaya hadir dan membuat semakan di kaunter Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

“Ini adalah salah satu usaha kita untuk memastikan setiap asnaf mendapat peluang yang sama dalam menerima bantuan,“ katanya ketika merasmikan majlis pelancaran TH Khairat Tabung Haji Dan Penyerahan Kad Takaful Kasih Plus Agrobank di perkarangan bangunan Baitulmal, di sini semalam.

Tambah Zainal, usaha yang dibuat oleh pihak MAINJ ini amat baik kerana ia bukan sahaja memberi bantuan kewangan dan perlindungan takaful tetapi juga memberi sokongan moral dan emosi kepada mereka yang memerlukan.

Pada majlis yang sama, Takaful Malaysia turut menyerahkan sumbangan Dana Khairat Asnaf Johor berjumlah RM1 juta kepada MAINJ.

Turut hadir, Pentadbir Tanah Daerah Muar Mohd Hisam Said, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Muar Norrizam Muhammad, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor Hasrin Kamal Hashim, Ketua Perkongsian Runcit Takaful Malaysia Arif Azhan Abd Ghani, Pengarah Wilayah Selatan Tabung Haji Khairul Azihar Rafar dan Pengarah Wilayah Agrobank Md Yasin A. Hamid.

-AA-

Tinggalkan komen anda