Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Beg Berwarna Tarikan Baharu Pasar Payang 1

By 12 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zamri Razak / Maherah Marina Mahusein (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Peniagaan Kreatif Beg Mewarna kini menjadi tarikan baharu di Pasar Payang 1, Kuala Terengganu.

Menurut pengusaha Mohd Nizam Johari, perniagaan yang dimulakan hampir sebulan lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung.

Mohamad Rizal berkongsi keterujaannya menyertai aktiviti mewarna beg bersama keluarganya di Pasar Payang 1.

“Aktiviti mewarna beg ini menawarkan peluang kepada pengunjung untuk berbelanja sambil menyertai aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga, terutamanya dengan anak-anak.

“Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah membantu mengembangkan bakat seni lukis kanak-kanak,” katanya ketika ditemu bual Malaysia Aktif, di sini semalam.

Menurutnya lagi, bagi mereka yang ingin menyertai, bayaran yang dikenakan hanyalah RM10.

Seorang pengunjung dari Melaka Mohamad Rizal Shahari, berkongsi keterujaannya menyertai aktiviti ini bersama keluarganya.

Mohamad Rizal berkata aktiviti mewarna beg ini tidak hanya mengeratkan hubungan kekeluargaan, tetapi juga membantu mengembangkan bakat seni lukis anak-anak.

“Saya amat teruja menyertai aktiviti mewarna beg ini. Di tempat-tempat lain, saya belum pernah melihat aktiviti sebegini dan ini adalah kali pertama kami menyertainya. Ia memberi pengalaman yang menyeronokkan selain dapat mengasah bakat anak-anak saya,” ujarnya.

Mohamad Rizal berharap pengalaman bercuti di Terengganu akan meninggalkan kenangan manis untuk keluarganya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda