Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

‘Dabai Ding’ Jana Pendapatan Lebih RM10 Ribu Semusim

By 16 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Julia Chua/Hamzah Bohari (Sarawak)

SONG (KAPIT), 16 Jan (Malaysiaaktif) – Pengusaha buah dabai tempatan Ding Jangang, 65, sangat bersyukur kerana hasil kerja keras beliau selama ini dengan mengusahakan tanaman dabai telah membuahkan hasil yang lumayan dengan pendapatan melebihi rm10 ribu sebulan.

Buah dabai yang beliau pasarkan diberi julukan nama ‘Dabai Ding’ iaitu sempena nama beliau sendiri telah mendapat banyak permintaaan di dalam Sarawak sendiri, Semenanjung serta negara Brunei.

Oliam Ding (kiri) dan Ding Jangang (kanan).

“‘Dabai Ding’ mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu saiz buah dabai lebih besar hingga mencecah ukuran dua inci serta isi yang lebih lunak kerana hasil pemilihan tanaman dari baka yang terbaik.

Kini, jumlah anggaran pokok dabai yang sudah ditanam oleh Ding berjumlah lebih kurang 1,000 pokok di kebun miliknya dan beliau mengalu-alukan pemborong buah dabai khususnya dari luar kawasan Song untuk membeli buah dabai beliau.

“Kami turut membekal dan menghantar buah dabai ke Johor, dihantar menggunakan kapal terbang manakala di kawasan Sarawak, penghantaran adalah terus sehingga ke Sibu,” kata anaknya Oliam Ding, 31, ketika ditemui, di sini kelmarin.

Menurut Oliam lagi, pokok dabai boleh mengeluarkan antara 30 hingga 60 kilogram buah semusim.

Proses memanjat pokok dabai.

“Terdapat pelbagai cabaran mengusahakan pokok buah dabai, antaranya ialah risiko memanjat pokok dabai itu sendiri ketika memetik dan ia merupakan kerja yang berisiko serta memerlukan individu berkemahiran serta hanya boleh dilakukan apabila cuaca baik sahaja.

“Jumlah hasil jualan bertambah pada tahun ini ekoran banyak pokok dabai berbuah serta mendapat permintaan yang tinggi daripada para pembeli,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda