
Laporan/foto: Siti Yusmila Yusof/Zurina Saad (Sik)
SIK, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 300 orang penjawat awam telah menghadiri Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Daerah Sik di Dewan Al-Hana, Kompleks Sukan Daerah Sik hari ini.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Seri Norizan Khazali.

Amanat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Turut hadir Pegawai Daerah Sik Faisal Rizal Mohammad serta Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri
Dalam amanat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, semua penjawat awam dipesan supaya menjadi pegawai berdisiplin dan komited dalam menjalankan tugasan.
“Penjawat Awam juga dinasihatkan supaya sentiasa berdisiplin dalam pelbagai aspek terutamanya dalam menjalankan tugasan serta berdisiplin dalam tingkah laku termasuk perlu patuh kepada arahan ketua,” ujarnya.
Norizan turut berpesan supaya semua penjawat awam tanpa mengira pangkat sentiasa bersifat amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam, menghargai diri sendiri, keluarga serta organisasi untuk menjadi insan yang baik dalam pelbagai aspek.

Faizal Rizal dalam ucapannya memuji penjawat awam di daerah Sik kerana sentiasa komited dalam melaksanakan tugas.
Sementara itu, Pegawai Daerah Sik dalam ucapannya memaklumkan penjawat awam di daerah ini sentiasa melaksanakan tugas dan sentiasa komited dalam menjalankan tugas dan peranan masing-masing.
“Penjawat awam di daerah ini dapat memberikan kerjasama yang sangat baik dan mereka akan hadir bertugas setiap kali dipanggil bertugas tanpa mengira waktu,” ujarnya.
-ZS-