Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Gon Angin Bantu Memudahkan Urusan Jemaah Ke Masjid

By 24 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto : Safik Effendi Kassim (Kuching)

KUCHING, 24 Jan (MalaysiaAktif) – Membantu untuk memudahkan urusan jemaah datang ke masjid merupakan satu perkara mulia dan amat besar ganjaran pahalanya.

Bagi penduduk di Bandar Baru Samariang yang selalu datang ke Masjid Darul Akmal, Samariang Aman sudah pasti mengenali susuk tubuh yang bertugas untuk menjaga keselamatan pada setiap kali solat Jumaat diadakan.

Gon semasa bertugas mengawal parkir kenderaan.

Gon Angin, 52 tahun, anggota RELA yang berasal dari Sri Aman dan sekarang ini menetap di Bandar Baru Samariang, berkata beliau sudah bertugas menjaga keselamatan di masjid ini lebih kurang 15 tahun.

“Setiap hari Jumaat, saya bertugas untuk menjaga laluan kenderaan yang masuk dan keluar di masjid ini supaya keadaan lalu lintas dikawasan ini terkawal.

“Selain itu, saya juga bertanggungjawab menjaga keselamatan di masjid ini semasa jemaah sedang menunaikan solat Jumaat,” ujarnya.

Gon menjalankan tugas beliau di hadapan Masjid Darul Akmal, Samariang Aman.

Walaupun berlainan bangsa dan agama, sikap ramah mesra tanpa mengira perbezaan ini menunjukkan betapa harmoninya masyarakat di Sarawak.

Tambahnya, tidak kira apa pegangan agama atau pandangan kita, janganlah mengenepikan nilai hormat-menghormati sesama kita kerana inilah yang menjadi kunci kejayaan dalam mengekalkan suasana aman di negeri kita.

-RJ-

Tinggalkan komen anda