
Laporan/foto: Muhammad Azrul Hafiz/Muhaimin Musa (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 22 Jan (MalaysiaAktif) – Setiawangsa merupakan salah satu daerah dan kawasan Parlimen di Kuala Lumpur adalah satu gambaran kecil untuk Malaysia.
“Parlimen Setiawangsa adalah satu gambaran kecil Malaysia, kalau Malaysia kita ade orang Melayu, Cina, India, di Setiawangsa pun sama, kita ada majoriti Melayu tetapi bilangan ramai minoriti Cina dan India.

Nik Nazmi beramah mesra bersama penerima sumbangan ketika pemberian bantuan.
“Malah Setiawangsa ini betul-betul macam Malaysia sebab kita ada ramai askar, jadi bila kita ada ramai askar, hanya sekolah di Setiawangsa yang sambut Hari Gawai dan Hari Keamatan kerana ada askar daripada orang Dayak dan Kadazan Dusun yang berkhidmat di palimen Setiawangsa,” katanya.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata demikian ketika hadir di Majlis Sumbangan Tahun Baru Cina 2025 Parlimen Setiawangsa, di sini semalam.
“Jadi, sebab itu pada saya penting untuk kita kekalkan hubungan yang baik di antara kaum yang ada di negara kita, yang ada di Setiawangsa sebab perkara ini kalau kita tak hargai kita boleh tengok ia tidak akan datang dengan sendiri.
“Negara lain banyak pergaduhan, banyak konflik yang berlaku sampai ada pertumpahan darah,” katanya.

Penerima Sumbangan Tahun Baru Cina Parlimen Setiawangsa.
Menurutnya lagi, Hari ini anak-anak muda boleh mendapat berita sepanjang 24 jam daripada telefon mereka.
“Dan bahayanya, walaupun maklumat boleh diperolehi dengan mudah tetapi akan ada orang yang akan salah guna dan sebar maklumat yang tidak betul,” katanya.
Seramai 300 orang penerima terdiri daripada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) menerima bantuan berbentuk wang tunai sebanyak RM100 dalam majlis ini.
-ZS-