Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kerajaan Perpaduan Bantu Asnaf Tanpa Pilih Kasih

By 22 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Arief (Marang)

MARANG, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan Persekutuan menunjukkan komitmen membantu golongan asnaf tanpa mengira latar belakang politik melalui program Sumbangan Tautan Kasih YAB Perdana Menteri di Dewan Sivik Bukit Payung, di sini kelmarin di mana 200 asnaf menerima bantuan bakul makanan dan wang tunai.

Selain wang ringgit bantuan makanan iaitu beras turut diagihkan.

“Bantuan diberikan secara adil di seluruh negara termasuk kawasan yang dikuasai pembangkang selaras dengan prinsip kerajaan perpaduan yang sentiasa mendahulukan kesejahteraan rakyat,” kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Pak Madah Ramlah Salleh, menyambut baik inisiatif ini dan berharap program ini diteruskan demi meringankan beban golongan asnaf.

Sesi fotografi bersama penerima sumbangan Tautan Kasih Parlimen Marang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda