Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Jom Kenal JPJ Dekati Masyarakat Perlis

By 7 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 7 Jan (Malaysiaaktif) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis telah mengadakan program khidmat masyarakat Jom Kenal JPJ dan Advokasi Keselamatan di Jalan Raya bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 1 tengah hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, di sini semalam.

Menurut pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi Media Baharu Siti Sarah Mohamed, 23, kerjasama strategik antara jabatan atau agensi kerajaan untuk turun ke lapangan akan lebih memudahkan masyarakat.

Perkhidmatan Kaunter JPJ MObile sangat memudahkan masyarakat setempat.

“Tambahan pula JPJ kini sedang memberi tawaran khas bagi bayaran kompaun,” katanya.

Amtara pengisian program kerjasama bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu  ialah ceramah advokasi motor, advokasi kereta dan perkhidmatan Kaunter JPJ MObile.

Orang ramai turut mengambil kesempatan membayar Kompaun Khas Kadar Rata RM150 yang melibatkan tiga jenis notis saman JPJ iaitu Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan juga Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115) yang dimumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook minggu lepas.

-ZS-

Tinggalkan komen anda