Skip to main content
Berita UtaraPerlis

Jualan Rahmah MADANI Meringankan Beban Rakyat

By 25 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini (Perlis)

KANGAR, 2 Jan (MalaysiaAktif) – Jualan Rahmah MADANI di program Back To School Peringkat Negeri Perlis 2025 bagi Parlimen Kangar di Pasa Raya Sakan, Sena membantu meringankan beban rakyat.

Kasut sekolah antara barang Jualan Rahmah MADANI di pasar raya Sakan.

Menurut seorang pelanggan Wan Hasrah Wan Mat, 35, dari Behor Gandih, mengambil kesempatan mendapatkan barangan keperluan sekolah bagi anak sulungnya Shafierah Irdina Shajfieq Amrie, 12, yang akan melangkah masuk ke Tingkatan Satu.

“Saya ada tiga orang anak yang memerlukan saya dan suami membeli pelbagai keperluan barang sekolah.

“Anak saya ada yang bersekolah di prasekolah, Tahun Lima dan juga yang nak masuk sekolah menengah,” katanya.

Wan Hasrah turut berharap agar program seumpama ini terus diadakan.

Antara pelanggan yang tidak melepaskan peluang mendapatkan barang sekolah pada harga diskaun sehingga 30 peratus.

“Ia sangat membantu para ibu bapa dalam meringankan bebanan kos pembelian barang-barang sekolah,” ujarnya.

Menurut Penolong Pengurus Sakan (Perlis) Azwa Natasya Zukri, lebih 100 pelanggan datang membeli barang keperluan sekolah.

“Program ini menawarkan pelbagai barangan seperti kasut sekolah, baju sekolah, seluar sukan, beg sekolah dan juga alat tulis dengan diskaun antara 10 hingga 30 peratus.

Jualan Rahmah MADANI di program Back To School Peringkat Negeri Perlis 2025 seterusnya akan diadakan pada 29-30 Januari ini di Pasar Raya Ten Ten, Kangar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda