Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

302 Pemain Sertai Kejohanan Badminton Remaja Sarawak 2025

By 13 Januari 2025Januari 20th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ngalih Tingi (Sarawak)

KUCHING, 13 Jan (MalaysiaAktif) – Kejohanan Badminton Remaja Sarawak 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat dari 9 hingga 12 Januari 2025 (semalam) di Dewan Persatuan Badminton Sarawak, di sini.

Kejohanan tersebut telah dianjurkan oleh Chong Cheong Yong Club (CCY) dan Kelab Badminton Cemerlang (KBC), dengan penyertaan seramai 302 pemain dalam 12 kategori pertandingan.

“Kejohanan ini adalah peluang terbaik untuk pemain remaja Sarawak menunjukkan bakat mereka dan Kami mahu menyediakan laluan kompetitif bagi mereka yang bercita-cita tinggi dalam sukan badminton. Kejohanan tersebut juga menjadi platform penting untuk mengenal pasti bakat baharu,” kata Chong Cheong Yong, 41 tahun, yang juga pengasas CCY & KBC dan jurulatih badminton Sarawak semalam.

Juara Perseorangan Lelaki bawah U12, Danice Tchin Mao Quan (Tengah), Naib Juara Brandon Wong Yuan Wei (kanan), dan pemenang tempat Ketiga, Anas Hakimi Saidi (kiri) bersama dengan hadiah kemenangan masing-masing.

“Selain itu, kejohanan ini juga adalah langkah awal bagi memilih pemain Sarawak yang akan bersaing di Kejohanan Affin-100plus Junior Elite Tour Peringkat Kebangsaan di Johor Bahru pada 5 hingga 9 Februari 2025,” tambah Chong lagi.

Kategori pertandingan adalah acara perseorangan dan beregu lelaki serta perempuan untuk U12, U14, dan U16 dan terbuka kepada rakyat Sarawak, penduduk tetap, dan pemegang permit belajar yang telah menetap sekurang-kurangnya enam bulan di sini sebelum kejohanan.

Gambar pemenang kategori perempuan bawah 12,14 dan 16 tahun.

Gambar pemenang kategori lelaki bawah 12, 14 dan 16 tahun.

Tambah Chong lagi, beliau berharap kejohanan tersebut mampu melahirkan pemain berbakat yang boleh mengharumkan nama Sarawak di peringkat kebangsaan.

 

 

 

 

 

 

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda