Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kem Warga Emas Galak Masyarakat Amal Gaya Hidup Sihat

By 7 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Faizzad Kamal (Batang Padang)

AYER KUNING, 7 Jan (Malaysiaaktif) – Program Kem Warga Emas Kekal Sihat Tanpa Diabetes yang berlangsung di Surau Kampung Jawa Air Kuning, di sini kelmarin mencerminkan komitmen komuniti setempat untuk memupuk gaya hidup sihat di samping mencegah penyakit diabetes melalui pendekatan yang menyeronokkan dan bermanfaat.

Anuratha ketika berucap merasmikan program.

Program dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Dr. V.C. Anuratha Subramaniam.

“Pengambilan gula secara berlebihan boleh menyumbang kepada risiko diabetes dan pelbagai penyakit lain.

“Langkah pecegahan awal adalah kunci kepada kehidupan yang lebih sihat,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena program ini antaranya saringan kesihatan PeKa B40, pertandingan mewarna, memasak berkonsepkan menu sihat, fun walk dan senamrobik.

Sekitar suasana pertandingan memasak berkonsepkan menu sihat.

Tambah Anuratha, beliau turut menekankan kepentingan menghadkan pengambilan gula harian tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah tenaga yang diperlukan.

Turut hadir Pegawai Khas Ahli Parlimen Tapah Safri Mohamad Salih.

-ZS-

Tinggalkan komen anda