Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Rumah Penginapan Dengan Pemandangan Tasik dan Kehijauan Sawah Padi Menggamit Pelancong ke Daerah Pendang

By 15 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad/Pendang Lake Resort (Pendang)

PENDANG, 7 Jan (Malaysiaaktif) – Pusat Latihan dan Rekreasi, Pendang Lake Resort yang mula ditubuhkan pada 1 Januari 2006 ini terletak berhampiran kawasan paya dan sawah padi di Mukim Air Puteh, Pendang.

Salah satu dewan yang disediakan untuk kegunaan seminar dan kursus mengikut kapasitiĀ peserta

Pendang Lake Resort yang dikelilingi oleh kawasan sawah padi yang menghijau ini turut dikenali sebagai ‘Kolam Mada’ oleh penduduk tempatan.

Antara aktiviti yang dijalankan di Pendang LakeĀ Resort

Setelah hampir 19 tahun beroperasi, rumah penginapan yang merupakan milikan penuh syarikat bumiputera iaitu Usima Sdn Bhd ini masih tetap utuh dan sentiasa mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan sama ada dari dalam negeri atau luar negeri Kedah.

Pegawai Pemasaran Pendang Lake Resort, Mohd Fazril Mohd Yusof, 31, ketika ditemui krew Malaysia Aktif pagi tadi menyatakan bahawa sebagai salah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan hospitaliti dan fasiliti terbesar di daerah Pendang, mereka turut menyediakan pelbagai perkhidmatan dan pakej untuk mengadakan majlis keramaian, sambutan hari keluarga, perkhemahan, kursus, seminar, pembangunan insan (team building) serta kemudahan untuk aktiviti memancing dan berkayak.

“Sempena Tahun Melawat Kedah 2025, kami akan menawarkan harga istimewa kepada pengunjung yang berhasrat untuk menginap di sini atau menggunakan fasiliti kami bagi menjalankan sebarang aktiviti,” ujarnya.

Menurut Pengurus Besar Pendang Lake Resort, Nur Syahirah Osman, rumah penginapan ini mempunyai 8 buah asrama (dorm) yang boleh menempatkan antara 300 hingga 400 orang peserta manakala 51 unit chalet pula mampu memuatkan antara 70 hinggaĀ 100Ā orang.

-AA-

Tinggalkan komen anda