Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

KPJ Penang Specialist Hospital Lancar Blok South Wing Baharu Dilengkapi Teknologi Canggih

By 12 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Haliza Ridzuan/Haji Zanizal Zamani (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merasmikan pelancaran blok South Wing yang baharu di KPJ Penang Specialist Hospital, semalam.

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menandatangani plak sebagai simbolik merasmikan blok baharu KPJ Penang Specialist Hospital

Blok baharu ini bukan sahaja memperluaskan infrastruktur KPJ Healthcare, tetapi juga memperkenalkan teknologi canggih yang bakal meningkatkan lagi kualiti penjagaan kesihatan, khususnya di wilayah utara Malaysia.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata pelancaran ini menandakan langkah penting dalam misi KPJ Healthcare untuk meningkatkan akses dan kualiti penjagaan kesihatan di wilayah utara Malaysia.

Jemputan yang hadir bersama-sama bagi menyaksikan detik perasmian di KPJ Penang Specialist Hospital

“Blok baharu ini mencerminkan komitmen KPJ dalam memperluaskan infrastruktur dan memperkenalkan teknologi canggih disamping mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju sektor penjagaan kesihatan swasta di Malaysia,” katanya.

KPJ Penang Specialist Hospital kini menjadi hospital pertama di negeri ini yang menawarkan Teknologi Krioterapi Cyro-7, satu sistem unik yang menggunakan udara sejuk untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan semasa proses pemulihan.

Selain itu, hospital ini turut dilengkapi dengan Perkhidmatan Pemulihan Robotik Tangan yang berteknologi tinggi serta menyediakan terapi berfokuskan ketepatan untuk mempercepatkan pemulihan dan meningkatkan mobiliti pesakit.

Majlis pelancaran turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Suriani Datuk Ahmad serta Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan KPJ.

-AA-

Tinggalkan komen anda