Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

KPT Pentingkan Keseimbangan Sahsiah dan Teknologi Moden Pelajar

By 22 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Perak)/KPT

IPOH, 22 Jan (MalaysiaAktif) – Lawatan Kerja Pertama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Ts. Mustapha Sakmud ke Politeknik Ungu Omar (PUO) di sini disertai oleh pelajar dan alumni melalui sesi dialog Talk To Us, semalam.

Sesi ramah mesra Datuk Ts. Mustapha Sakmud bersama-sama pelajar dan alumni PUO.

Menerusi kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Mustapha menekankan kepentingan pengukuhan jati diri dalam kalangan pelajar sebagai elemen utama untuk mendepani cabaran teknologi yang semakin canggih.

“Teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI) harus dimanfaatkan secara bijak tanpa mengabaikan nilai-nilai keagamaan dan sahsiah.

“Cabaran teknologi sentiasa wujud tetapi yang lebih penting adalah bagaimana kita memupuk nilai jati diri yang kuat dalam pelajar yang menjadi penapis kepada pengaruh negatif hasil daripada perkembagan teknologi,” katanya.

Menurutnya, melalui inisiatif ini kerajaan mampu melahirkan generasi pelajar yang mampu menyahut cabaran masa hadapan dengan kekuatan sahsiah dan kemahiran teknologi seiring usaha meningkatkan ekosistem pendidikan tinggi negara.

Antara pelajar dan alumni yang hadir ke sesi dialog Talk To Us, semalam.

Program lawatan kerja ke PUO ini merupakan kesinambungan inisiatif beliau untuk turun padang ke institusi TVET di bawah KPT yang bermula sejak tahun lalu.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Governan) Ts. Kamaludin Daud dan Pengarah PUO Dr. Shamsuri Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda