Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Langkawi Menyambut Delegasi Asean

By 34 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Muhamad Haizir / Sobri Manan

LANGKAWI, 20 Jan (MalaysiaAktif) – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Tourism Malaysia telah menganjurkan sesi Business To Business (B2B) bersama rakan media dan juga pemain industri pelancongan di Hotel Aloft Langkawi Pantai Tengah, di sini, semalam.

Sesi Business to Business (B2B) bersama delegasi yang hadir

Dalam sesi ini, sebanyak 17 negara dan rakan media dari 10 negara menyertainya. Sesi ini akan membuka peluang pakej baharu dengan keadaan semasa di Langkawi dan juga memperluaskan produk usahawan dari Langkawi.

Sesi bergambar bersama semua peserta dan delegasi

Program yang bermula 19 hingga 21 Januari 2025, akan membawa delegasi ini ke semua tempat menarik seperti Dream Forest Langkawi, menaiki Langkawi Cruise untuk menikmati keindahan senja laut dan juga Cable Car Langkawi.

“Saya berharap dengan program ini dapat menaikkan jumlah pelancong ke dalam Langkawi pada tahun ini kerana seperti yang kita maklum tahun ini adalah Tahun Melawat Kedah 2025, di samping kita bersedia untuk Tahun Melawat Malaysia pada 2026,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LADA Dato’ Haslina Abdul Hamid.

Wakil usahawan Telaga Seafood, Alif Aiman, 29, berkata usaha dari pihak LADA dan juga pihak Tourism Malaysia ini sangat bagus kerana dapat mempromosikan premis kami bukan sahaja kepada pelancong tempatan malahan pelancong dari seluruh dunia.

Turut hadir, Abdul Hadi Che Man, Pengarah Tourism Malaysia Cawangan Utara dalam penganjuran program kali ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda