
Laporan/foto: Norfaizah Adnan/Yang Azman Mohd Othman (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Masjid Al-Imam Al-Tirmizi Taman Seri Sentosa dengan Kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menganjurkan Program Sunathon 2025 dengan penyertaan 50 kanak-kanak yang berusia sekitar empat hingga 12 tahun.

Ucapan perasmian Program Sunathon 2025 oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
“Program Sunathon 2025 kali ini diperuntukkan hanya kepada 50 peserta sahaja dengan mengambil kira masa bagi menyelesaikan prosedur berkhatan bagi satu-satu peserta.
“Ini kerana, pengalaman program terdahulu yang melibatkan seratus peserta mengambil masa sehingga lewat petang dan ianya tidak menyenangkan buat ibu bapa yang menunggu dari pagi,” ujar Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil yang hadir merasmikan program.
Menurut Ketua Imam Masjid Al-Imam Al-Tirmizi Khairul Ameer, program ini merupakan acara tahunan.

Antara peserta yang akan menjalani prosedur berkhatan.
“Pada kali ini ianya ditaja sepenuhnya oleh Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai,” katanya.
Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Haji Hanifuddin Roslan, Timbalan Ketua Balai Petaling Sub Insp. Nor Azmi Amin Abd Rahman, Pengerusi Masjid Al-Imam Al-Tirmizi Haji Hassan Rawi dan Pegawai Penerangan Daerah Lembah Pantai/Segambut Naqiah Abd Malik.
-ZS-