Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

LPPKN Perkasa Kesedaran Kanser Serviks Melalui Program Santuni MADANI

By 18 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Safwanah binti Zulkopli/ Nor Haliza binti Ridzuan

BUKIT MERTAJAM, 18 Jan (MalaysiaAktif) – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengambil inisiatif bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH Malaysia), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Yayasan Food Bank bagi melaksanakan Program Santuni MADANI: Satu Pemimpin Satu Kampung.

Dr. Wan Azizah menurunkan tandatangan diatas plak sebagai gimik perasmian

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turun padang merasmikan karnival ini yang mengangkat tema Wanita Sihat Keluarga Sejahtera bersempena dengan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Peringkat Negeri Pulau Pinang di pekarangan Madrasah Al Mashoor, Tanah Liat, semalam.

Sesi bergambar kenang-kenangan tetamu kehormat bersama tetamu jemputan yang hadir memeriahkan program

Pelbagai pengisian yang bermanfaat antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan ujian HPV DNA, pendaftaran mammogram, saringan minda sihat serta forum bicara kesihatan dan kekeluargaan turut dijalankan.

Seorang pengunjung, Norul Huda Ahmad, 43, yang hadir bersama anak kecilnya memanfaatkan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma yang ditawarkan.

“Arwah ibu saya adalah penghidap kanser serviks, jadi saya amat peka dengan risiko penyakit ini dan akan memastikan diri saya diperiksa secara berkala,” katanya.

Selaku pengerusi badan bukan kerajaan Kasih Malaysia, Dr. Wan Azizah turut menyantuni penduduk Kampung Tanah Liat dengan menyampaikan bantuan persekolahan kepada 260 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Tanah Liat yang terpilih.

Selain itu, Yayasan Food Bank Malaysia turut menyumbang 200 kotak sumbangan barangan makanan kepada keluarga yang berkeperluan sekitar kawasan Tanah Liat.

-AA-

Tinggalkan komen anda