
Laporan/ foto: Abd Muiz/ Intan Saziana (Cameron Highlands)
CAMERON HIGHLANDS, 17 Jan (MalaysiaAktif) – Kedai Pakdin’s Breakfast menjadi antara pilihan utama bagi masyarakat pelbagai kaum di daerah ini terutamanya penduduk di sekitar Tanah Rata untuk menikmati sarapan pagi setiap hari.

Pak Din (berdiri) sedang beramah mesra bersama pelanggannya
Pelbagai menu sarapan pagi yang menarik dengan harga yang amat berpatutan bermula dari RM 3.50 sehingga RM 7.00 menyebabkan kedai ini sering penuh dikunjungi pelanggan.

Antara pelanggan tetap Pak Din’s Breakfast
Menurut pelanggan yang ditemui Mohd Rohafizey Rashid, beliau membeli sarapan di kedai ini kerana menu sarapan pagi yang sedap dengan harga yang amat berpatutan.
“Boleh dikatakan semua kaum termasuk pelancong luar juga datang membeli sarapan di sini dan mereka perlu datang awal pagi untuk mengelakkan dari berpusu-pusu mendapatkan sarapan kerana dikhuatiri habis lebih awal,” katanya.
Selain itu, lokasi kedai ini yang terletak di Pasar Awam Tanah Rata amat memudahkan pelanggan bersarapan dan seterusya boleh membeli barangan keperluan harian.
-AA-