Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

‘Marik Empang’ Moden Kaum Iban – Aksesori Fesyen Wanita Masa Kini

By 27 Januari 2025Februari 13th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Loseyeffer Moni (Sarawak)

KUCHING, 27 Jan (MalaysiaAktif) – ‘Marik empang’ merupakan antara perhiasan Iban yang digayakan dengan pakaian traditional iaitu ‘Ngepan Iban’.

‘Marik Empang’ atau ‘Tangu’ (Nama lain bagi ‘Marik Empang’ di sesetengah tempat di Sarawak) merupakan hiasan penting pada ‘Ngepan’ dan digayakan di bahagian depan pakaian traditional wanita tersebut.

Oleh yang demikian, ‘Marik Empang’ yang cantik serta kreatif amat penting pemilihannya untuk menambahkan lagi kecantikan si pemakai. Pada masa kini, ‘Marik Empang’ moden iban semakin mendapat sambutan dalam kalangan wanita sebagai aksesori hiasan dalam mengayakan busana untuk majlis-majlis keramaian.

Menurut Angela Achai 38 tahun, seorang suri rumah yang juga pengusaha pembuatan ‘Marik Empang’ moden, aksesori moden ini merupakan proses pembuatan lebih mudah berbanding ‘Marik Empang’ tradisional.

Angela sedang menyiapkan ‘Marik Empang’ iban untuk pelanggannya.

“Permintaannya juga tinggi serta diminati oleh wanita pelbagai bangsa selain boleh digayakan dalam pelbagai fesyen dan Marik Empang’ moden, boleh dihasilkan dalam satu ke dua hari bergantung dengan corak yang hendak diolah mengikut permintaan pelanggan dan juga lebih murah, di mana ia dijual antara RM80 – RM250,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya lagi, harga jualan bergantung kepada corak dan manik yang digunakan dan permintaannya meningkat setiap kali musim perayaan terutamanya pada dan perayaan Hari Gawai dan musim majlis-majlis makan malam.

Menurut Angela, beliau bersyukur dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini amat membantu beliau dalam pemasaran ‘Marik Empang’ moden di media sosial seperti Facebook dan Tik Tok selain diagram ‘Marik Empang’ dan manik serta peralatan untuk menghasilkannya juga meluas dan senang didapati media sosial.

Bagi peminat aksesori ‘Marik Empang’ moden, Freda Mathew, 49 tahun, menyifatkan fesyen aksesori tersebut adalah kesinambungan fesyen moden dan traditional Iban yang unik dan kreatif.

Freda (kanan) dan Molly (kiri) mengayakan ‘Marik Empang’ iban untuk majlis makan malam.

“Saya berbangga kerana aksesori traditional iban ini tidak lapuk ditelan zaman dan berharap generasi hari ini akan terus kreatif dalam menghasilkan aksesori moden iban,” katanya semalam.

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda