Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Iskrak dan Mikraj Kunci Penyelesaian Masalah Hidup

By 27 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusof Abd Samad (Tangkak)

TANGKAK, 27 Jan (MalaysiaAktif) – Satu majlis yang penuh penghayatan dan bermakna, Majlis Iskrak dan Mikraj Peringkat Daerah Tangkak 2025 telah diadakan di Dataran Ledang, semalam yang dihadiri lebih 130 orang bagi menyemarakkan suasana dan mendalami ilmu yang bermanfaat.

Pegawai Daerah Tangkak, Mohd Farid Kassim (tiga dari kiri)

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Kadi Daerah Tangkak ini menampilkan penceramah yang amat berwibawa iaitu Kadi Negeri Johor Sahibus Samahah Halid Sono.

Beliau berkata, pentingnya solat dalam kehidupan seorang Muslim, terutamanya sebagai inti pati dari peristiwa Iskrak dan Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Masyarakat setempat yang turut serta

“Solat bukan hanya kewajipan tetapi ia adalah benteng utama untuk kita menjauhkan diri daripada kemungkaran. Lebih daripada itu, solat lima waktu adalah penyelesaian untuk pelbagai masalah hidup kita. Setiap cabaran, ujian, dan kesulitan yang datang dalam hidup ini dapat diatasi dengan kekuatan solat yang penuh penghayatan.

“Ramai yang mungkin melaksanakan solat secara rutin, tetapi tanpa kefahaman yang mendalam, solat itu akan kehilangan keberkesanannya. Penting untuk kita berusaha memahami makna setiap gerakan dan bacaan dalam solat supaya ia benar-benar memberi ketenangan jiwa dan kekuatan untuk menghadapi ujian hidup,” ujarnya.

Pegawai Daerah Tangkak, Mohd Farid Kassim, 50, berkata program seperti ini sangat penting untuk meningkatkan kefahaman umat Islam tentang Iskrak dan Mikraj serta memperkukuh keimanan mereka dalam menghadapi cabaran dunia moden.

Turut hadir Pegawai Daerah Tangkak Mohd Farid Kassim, Pentadbir Tanah Daerah Tangkak Abd Rahman Mohamad@Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak Nazid Jasiman dan Ketua Polis Daerah Tangkak Superintenden Roslan Mohd Taib.

-AA-

 

Tinggalkan komen anda