Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanSabah

Pemimpin Turun Padang, Bincang Masalah Rakyat

By 20 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh (Sabah)

TAWAU, 19 Jan (MalaysiaAktif) – Penduduk di Penempatan Batu 14, Jalan Apas Tawau menyambut baik lawatan wakil rakyat ke kawasan itu sekaligus mengajukan secara bersemuka masalah bekalan elektrik kepada Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui.

Hadir sama semasa lawatan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang turut meninjau keadaan semasa, berbincang berkenaan masalah yang dihadapi penduduk bersama agensi terlibat.

Jelas Nizam, tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk memahami isu yang sedang dihadapi oleh penduduk dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik terutama melibatkan isu penyambungan bekalan elektrik.

Nizam ketika ditemu bual pemberita di program lawatan ke Penempatan Batu 14, Jalan Apas.

“Antara masalah utama yang dihadapi oleh penduduk di Penempatan Batu 14 adalah isu penyambungan bekalan elektrik yang tidak betul.

“Terdapat kira-kira 60 hingga 70 buah rumah di kawasan tersebut yang telah membuat sambungan elektrik secara tidak sah.

“Keadaan ini berlaku disebabkan oleh masalah hak milik tanah, di mana tanah tersebut bukan milik penduduk, menyebabkan penyambungan elektrik secara rasmi tidak dapat dilakukan,” katanya ketika ditemui pada program lawatan ke Penempatan Batu 14, Jalan Apas di sini pada Jumaat.

Tegasnya, adalah satu komitmen untuk pihaknya mencari penyelesaian yang terbaik bagi memastikan penduduk di kawasan tersebut dapat menikmati bekalan elektrik yang sempurna dan sah pada masa hadapan.

“Dengan adanya kerjasama daripada pihak-pihak berwajib, berharap masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan segera dan memberi manfaat kepada penduduk.

“Pihak kami akan bekerjasama dengan agensi-agensi terlibat untuk mencari penyelesaian yang sesuai, demi memastikan keselesaan dan kemudahan penduduk,” ujarnya.

Turut hadir semasa lawatan ialah wakil-wakil daripada Jabatan Tanah, Sabah Electricity (SESB), Jabatan Air, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat, M Azrian Syah Ali.

-RJ-

Tinggalkan komen anda