Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Pendaftaran SarawakID dan S PAY GLOBAL di Telang Usan

By 22 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Regina Lasia (Sarawak)

Long Lama, 22 Januari (MalaysiaAktif) – Penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di daerah Telang Usan yang masih belum mendaftar adalah diminta untuk mendapatkan bantuan pendaftaran di kaunter sementara yang diadakan pada 21 hingga 23 Januari 2025 di Dewan SJK(C) Kee Tee, Long Lama dan di Dewan Serbaguna Kampung Long Bedian di sini semalam.

Sekitar Pendaftaran SarawakID dan S PAY GLOBAL di Telang Usan di sini semalam.

Pendaftaran SarawakID dan S PAY GLOBAL merupakan langkah bagi membolehkan para penerima untuk menerima bantuan serta menikmati pelbagai kemudahan kerajaan Sarawak secara digital.

Bagi memudahkan proses pendaftaran tersebut, penerima SKAS hanya perlu membawa telefon pintar dan membawa kad pengenalan diri.

Menurut salah seorang penerima SKAS, Uding Ngau, 61 tahun, dari Kampung Long Pilah di sini berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana inisiatif tersebut.

Uding Ngau bersyukur kerana SKAS membantu keluarga berpendapatan rendah.

“Dengan adanya insiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) sedikit sebanyak ia meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah,” katanya ditemui semalam.

 

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda