Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

PJRM Sempena Tahun Baharu Cina di Kampung Pauh Setia

By 29 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

ARAU, 29 Jan (MalaysiaAktif) – Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2025, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ( KPDN ) Negeri Perlis telah mengadakan Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) Negeri Perlis bagi Parlimen Arau bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Pauh Setia, Arau.

Para pelanggan membeli barangan keperluan di Program Jualan RAHMAH MADANI Sempena Sambutan Tahun Cina di Dewan Orang Ramai Kampung Pauh Setia

Jualan  yang bermula dari jam 2.00 petang hingga 5.30 petang tersebut telah berjaya menarik para penduduk setempat untuk membeli barangan keperluan pada harga yang cukup berpatutan.

Lebih 25 jenis barangan keperluan asas telah di jual dengan potongan harga dari 10 hingga 30 peratus.

Chao Kat Tiang membeli barangan keperluan untuk sambutan tahun baharu cina

Bagi Chao Kat Tiang, 69 dari Kampung Baru Pauh memuji usaha yang dilakukan KPDN Perlis ini.

“Barangan yang di jual lebih murah dari kedai biasa dan saya membelinya untuk sambutan tahun baharu cina,” katanya.

Seorang lagi penduduk Lim See Kiam, 55 dari Kampung Pauh Setia pula mengharapkan agar program ini dapat diadakan lebih kerap lagi kerana penduduk di kawasan ini terdiri dari pelbagai bangsa dan ramai yang berpendapatan di bawah paras B40.

“Barang di jualan RAHMAH MADANI ini sangat murah seperti beras putih import lima kilogram yang dijual dengan harga RM13.50 berbanding RM18.00 di pasaran biasa dan ayam bulat proses cuma RM10.00 sahaja seekor,” ujarnya ketika ditemui semalam.

-AA-

Tinggalkan komen anda