Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Program Jualan Rahmah di Wisma Negeri dapat Sambutan

By 24 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shazreena Harith/Norsuriati Mohd Yussof (Seremban)

SEREMBAN, 24 Jan (MalaysiaAktif) – Program Jualan Rahmah di Wisma Negeri dan Bangunan Persekutuan, di sini hari ini mendapat sambutan daripada penduduk setempat serta penjawat awam dengan anggaran kehadiran pengunjung seramai hampir 150 orang.

Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli baranga keperluan pada harga lebih murah berbanding di pasaran

Seorang pengunjung yang ditemui Jamilah  Saad, 65, berkata setiap kali Program Jualan Rahmah diadakan, beliau pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan harian pada harga yang murah.

Menurut peniaga, Zakaria Ahmad, 46, orang ramai mula beratur seawal pukul 8.00 pagi bagi mendapatkan barangan jualan.

“Pengunjung berharap agar had pembelian dapat ditambah sedikit bagi menampung isi rumah yang ramai,” katanya.

Telur Gred C dijual pada harga RM8.00 sepapan.

Program Jualan Rahmah yang tamat pada pukul 12.00 tengahari tadi menawarkan harga yang murah bagi beras, telur, susu rumusan bayi, sabun cucian pakaian, sardin dan tepung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda