Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Let’s Visit KWSAB Memperkasa Peranan KWSAB sebagai Pusat Warisan

By 24 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid (Johor)/Yayasan Warisan Johor 

JOHOR BAHRU, 24 Jan (MalaysiaAktif) – Seramai 100 peserta dari pelbagai jabatan, agensi kerajaan dan penggiat budaya terlibat dalam sesi libat urus bersama Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang diadakan di Hotel Grand Paragon, di sini semalam.

Peserta program dari pelbagai jabatan, agensi dan penggiat budaya bekerjasama memberikan penerangan yang tuntas berkaitan inisiatif lawatan berpandu di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) menerusi program Let’s Visit KWSAB.

Pengarah YWJ Fairuzahri Jalaluddin, berkata sesi libat urus ini bertujuan untuk memberikan penerangan yang tuntas berkaitan inisiatif lawatan berpandu di KWSAB menerusi program Let’s Visit KWSAB.

“Melalui kerjasama dengan jabatan, agensi, penggiat-penggiat budaya dan pihak berkepentingan khususnya di negeri Johor, kita dapat memperkayakan naratif sejarah, menonjolkan seni budaya tempatan, serta memperkenalkan elemen interaktif yang relevan serta menarik.

“Melalui usaha kolektif ini, kita mampu memperkasa peranan KWSAB sebagai pusat warisan yang bukan sahaja menyimpan sejarah tetapi juga menghidupkannya,“ katanya.

Sesi libat urus bersama penggiat budaya dan pihak berkepentingan anjuran Yayasan Warisan Johor menjadi platform untuk peserta bertukar pandangan, berkongsi idea dan mencetus inovasi bagi memantapkan pengisian lawatan berpandu bagi program Let’s Visit KWSAB.

Tambah Fairuzahri, melalui kerjasama ini juga akan memastikan KWSAB terus menjadi destinasi pelancongan yang berwibawa dan mampu menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat, termasuk generasi muda.

-ZS-

Tinggalkan komen anda