Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Selangor Lakar Sejarah Bangunkan Loji Hidrokuasa

By 23 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Worldwide Holding

BATANG KALI, 23 Jan (MalaysiaAktif) – Selangor melakar sejarah dalam pembangunan tenaga boleh baharu dengan pengoperasian rasmi Loji Hidrokuasa Kecil Batang Kali (SHP Batang Kali).

SHP Batang Kali dapat memanfaat kepada lebih kurang 13,000 kediaman dan berjaya disiapkan setahun lebih awal.

Menteri Besar Selangor.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pelancaran SHP Batang Kali membuktikan kemampuan negeri menghasilkan tenaga yang lebih bersih dan hijau.

“Pelancaran ini bukti komitmen kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan secara lestari.

“SHP Batang Kali ini bukan sekadar memperlihatkan kemajuan infrastruktur, tetapi keupayaan kita menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi dengan inovasi dan pembangunan mampan,” katanya.

Amirudin berkata demikian ketika pelancaran rasmi SHP Batang Kali, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian Selangor Datuk Ir. Izham Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Berhad Datin Paduka Norazlina Zakaria.

(Tengah) Amirudin merasmikan SHP Batang Kali hasil usaha kerajaan negeri dan sektor swasta.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua turut menyatakan bahawa projek ini hanyalah permulaan kepada inisiatif yang lebih besar.

“Kejayaan projek ini hanyalah permulaan kerana Selangor telah bersedia serta sedang meneroka potensi beberapa sungai lain untuk meluaskan kapasiti tenaga hidrokuasa kecil.

“Ini akan mengukuhkan kedudukan kita sebagai peneraju tenaga boleh baharu di Malaysia,” katanya.

SHP Batang Kali memiliki kapasiti penjanaan tenaga sebanyak 5.1 mega watt (MW) terletak di kawasan seluas 3.5 telah selesai menjalani ujian penjanaan dan tersambung grid pada 23 Disember 2024.

-ZS-

Tinggalkan komen anda