Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Hobi Mengait Sebagai Terapi Minda

By 23 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurie Botik (Sarawak)

KUCHING, 23 Jan (MalaysiaAktif) – Setiap orang memiliki hobi tersendiri dan mengait merupakan aktiviti yang santai tetapi masih popular dalam kalangan masyarakat masa kini.

Kotak tisu hasil kretiviti Molly.

Sama seperti lelaki, wanita yang melakukan perkara berkaitan hobi selepas waktu bekerja bukan sekadar dapat membantu memenuhi kepuasan peribadi malah ia juga boleh membantu mereka mengurus tekanan dan sebagai terapi minda.

Menurut Loseyeffer Moni Bana atau lebih dikenali sebagai Molly, 41, yang ditemu bual semalam, berkata minat mengait timbul sejak di bangku sekolah menengah dengan membuat corak yang mudah.

“Saya mula belajar mengait dengan dua orang kakak saya yang mempunyai minat yang mendalam untuk mengait.

“Lebih menyeronokkan apabila dapat digunakan untuk menghias rumah sendiri,” katanya.

Lapik meja yang dihasilkan Molly.

Katanya, tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan setiap corak bergantung kepada saiz dan corak.

“Contohnya, untuk satu meja makan mengambil masa dua hingga empat bulan kerana ianya tidak dilakukan secara sepenuh masa.

“Untuk mencari benang yang sesuai dan warna yang sama merupakan cabaran dalam mengait kerana biasanya menggunakan benang jenama Minlon Family dan Polly Minlon,” katanya.

Tambahnya, hobi mengait boleh dikembangkan untuk menjana pendapatan sampingan bagi mereka yang betul-betul berminat terutama suri rumah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda