
Laporan/foto: Sufian Rashid (Seberang Perai Tengah)
TANAH LIAT, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Usaha secara holistik pelu dilakukan untuk memperkukuh sebarang tindakan bagi membendung kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

Lee Khai Loon hadir merasmikan bengkel.
Hampir 50 perserta yang terdiri daripada wakil jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan di SPT menyertai Bengkel Design Thinking dan Mesyuarat bersama Pegawai Daerah, di sini hari ini yang bertujuan merangka pelan tindakan komprehensif untuk mengurangkan kawasan berisiko tinggi penagihan dadah di daerah ini.
Bengkel ini menjadi platform penting bagi memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin masyarakat serta komuniti setempat dalam usaha menggembeling peranan masing-masing untuk menangani isu tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubok Lee Khai Loon, berkata bengkel yang diadakan ini adalah satu permulaan yang mampu memberikan kesan yang positif.

Sesi perbincangan bersama ahli kumpulan.
“Bengkel dan pendedahan ini harap dapat diteruskan pada masa akan datang dan semoga perancangan yang dikongsikan hari ini dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.
Antara aktiviti utama ialah sesi perbincangan kumpulan yang menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif disamping memberi peluang kepada peserta untuk membangunkan model holistik dalam menangani cabaran penyalahgunaan dadah secara bersepadu.
Turut hadir Penolong Pegawai Daerah SPT Zulkamal Hassan, Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang Aina Rafida dan wakil-wakil ketua jabatan di daerah SPT.
-ZS-