
Laporan/foto: Muhaimin Musa (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Kempen Jejak Panda yang telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada 13 Ogos lalu diteruskan lagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampong Bharu semalam dengan lebih kurang 60 pendaftaran rakan penghantar baharu.

Mazli wakil FoodPanda (duduk bertopi) memberikan taklimat pendaftaran secara santai kepada rakan-rakan penghantar baharu.
Menurut wakil daripada syarikat FoodPanda Nadratul Shahirah, kempen ini diadakan dengan kekerapan sebulan sekali yang bertujuan untuk membuka peluang bagi mencari pendapatan sementara atau menambah pendapatan yang sedia ada dalam menampung kos sara hidup yang tinggi.
“Terima kasih kepada Pengurus NADI Kampong BharuNur Syakila kerana menyediakan kemudahan bilik latihan yang selesa sebagai lokasi pendaftaran dan agihan kit rider percuma kepada rakan penghantar baharu,” katanya.
“Saya mahu mendaftar sebagai ‘riders’ kerana ingin mencari pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan rumahtangga disamping ingin mengisi masa lapang”, ujar Saleh, 65, (bukan nama sebenar) yang merupakan pesara kerajaan ketika ditemu bual Malaysia Aktif.

Sesi penerangan aplikasi Panda Riders.
Turut hadir Ketua Komuniti MADANI Kampong Bharu Nur Dzulfian Idris.
-ZS-