
Laporan/foto: Siti Noor Ain Mohd Zain (Timur Laut)
SERI DELIMA, 10 Feb (MalaysiaAktif) ā Seramai 110 pelajar sekitar Taman Tun Sardon menerima bantuan uniform sekolah dalam satu program anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Tun Sardon dan Masjid At-Taqwa Taman Brown, dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gelugor serta Pusat Khidmat ADUN Seri Delima, semalam.
Program yang berlangsung di perkarangan Masjid Taman Brown itu turut menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma bagi membantu ibu bapa mengurangkan kos persiapan persekolahan.

Nur Ainaa Sofea, satu satunya peserta perempuan yang menyertai sesi guntingĀ rambutĀ percuma
ADUN Seri Delima Connie Tan, hadir menyampaikan sumbangan dalam bentuk baucar pakaian sekolah kepada para pelajar yang terpilih.

Connie Tan sempat beramah mesra bersama peserta yang sedang menunggu giliran untuk perkhidmatan guntingĀ rambutĀ percuma
Bantuan ini nyata memberi kelegaan kepada ibu bapa termasuk Zamryna Omar, 45, yang terharu dengan keprihatinan kerajaan MADANI dalam membantu golongan memerlukan.
“Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang disalurkan sebelum ini termasuk baucar yang saya terima hari ini, benar-benar meringankan beban kami sekeluarga menjelang sesi persekolahan 2025,” katanya.
Sementara itu seorang lagi ibu, Noor Farizat, 44, turut hadir bersama anak perempuannya walaupun masih dalam senarai semakan penerima baucar.
“Kos gunting rambut sahaja boleh mencecah RM15 hingga RM20.
āBila tahu ada perkhidmatan gunting rambut percuma di program ini saya terus bawa anak untuk menyertainya, walaupun dia satu-satunya peserta kanak-kanak perempuan,” katanya.
Program sebegini jelas mencerminkan semangat keprihatinan dan kebersamaan dalam komuniti, sejajar dengan usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat terus terbela.
-AA-