Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

200 Pelajar Terima Bantuan Kembali ke Sekolah

By 10 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fikri Johari (LMS)

KAMUNTING, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 200 pelajar menerima bantuan baucar persekolahan sempena Program Kasih Madani Kembali ke Sekolah di Pasaraya Hari-Hari Kamunting di sini, kelmarin.

Menurut Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Perdana Menteri Malaysia Mohamad Mahathir Mohamed Younus, berkata program ini diadakan untuk membantu para pelajar yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan sekaligus meringankan beban ibu bapa dalam menyiapkan kelengkapan sekolah anak-anak menjelang pembukaan sekolah pada sesi yang akan tiba tidak lama lagi.

Mohamad Mahathir Mohamed Younus ketika memberikan ucapan perasmian program

“Pemberian bantuan ini dilihat sebagai satu inisiatif yang tepat bagi membantu para pelajar dan ibu bapa yang datang daripada golongan B40 supaya mereka tidak merasa terbeban dalam menyiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak pada tahun ini,” katanya.

Suasana sekitar Pasaraya Hari-Hari Kamunting yang dipenuhi dengan waris dan para pelajar selepas menerima baucar persekolahan

Tambah beliau, kerajaan Madani ini begitu prihatin terhadap para pelajar dengan menyalurkan bantuan seperti Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi membantu ibu bapa untuk berbelanja.

“BAP yang diagihkan pada tahun ini tidak dilihat kepada taraf kehidupan sesebuah keluarga, malah semua pelajar yang ada di negara ini dapat menikmati bantuan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan kepada para pelajar melalui sekolah masing-masing,” ujarnya.

Menurut Mohamad Mahathir lagi, bantuan daripada kerajaan perlu disampaikan terus kepada golongan yang lebih memerlukan supaya tiada seorang pun yang tercicir.

“Kita mengharapkan supaya pemberian bantuan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi membantu para pelajar supaya tidak ketinggalan dalam sektor pendidikan yang diterima,” ujarnya.

Turut hadir bersama Pengarah Program tersebut yang juga merangkap Ketua Komuniti Madani Pekan Batu Kurau Muhamad Aiman Aizuddin Md Husin.

-AA-

Tinggalkan komen anda