
Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi (Perak)
IPOH, 10 Feb (MalaysiaAktif) ā Sukan memanah mendapat sambutan oleh masyarakat bukan sahaja sebagai satu hobi malah menjadi amalan untuk mengajar diri lebih fokus.

Wakil Persatuan Memanah Tradisional Johor Md Don Aziz bergambar bersama peralatanĀ memanah
Menurut wakil Persatuan Memanah Tradisional Johor Md Don Aziz, sukan ini terbuka kepada masyarakat yang sempurna tubuh badan juga Orang Kurang Upaya (OKU) kerana sukan ini lebih fokus kepada ketenangan minda dan tidak memerlukan pergerakkan yang banyak.
“Terdapat ramai yang melahirkan rasa ingin mencuba namun tidak berkesempatan ekoran persepsi menganggap sukan ini perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
Tambah beliau lagi, pihak persatuan menawarkan perkhidmatan dengan kos yang rendah iaitu RM 10 untuk lima belas anak panah berserta dengan tunjuk ajar dan teknik memanah.
Ketika ditemuramah MalaysiaAktif kelmarin, Md Don turut menunjukkan cara-cara memanah yang betul dan peralatan keperluanĀ memanah.
-AA-