Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Bagan Datuk, Manjung Pengeluar Utama Kelapa Perak

By 21 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)

HUTAN MELINTANG, 21 Feb (MalaysiaAktif) – Hampir 100 petani menyertai Seminar Jelajah Agro Sektor Pertanian dan Amalan Pengurusan Kewangan Yang Baik bagi tahun 2025 di Dewan Serbaguna Dato’ Haji Abdullah Ahmad, di sini kelmarin.

Norsiyenti berharap seminar yang diadakan akan memperkasakan petani.

Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak Norsiyenti Othman, berkata program yang dilaksanakan khusus untuk petani yang mengusahakan penanaman kelapa sekitar daerah Manjung, Hilir Perak dan Bagan Datuk.

“Diharap melalui seminar ini akan berjaya memperkasakan petani terutamanya dari daerah Bagan Datuk dan Manjung yang merupakan daerah pengeluar utama bagi negeri ini.

“Paling istimewa di akhir seminar peserta akan menerima hadiah cabutan bertuah berupa seekor lembu,”ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun, melihat kehadiran ramai petani dalam program ini sebagai komitmen untuk memperkasakan sekuriti makanan dan pertanian di negeri ini.

Antara peserta yang hadir dalam seminar.

“Seminar ini juga menunjukkan hasrat berterusan Jabatan Pertanian untuk membantu petani khususnya penanam kelapa agar produk pertanian yang dihasilkan akan terus mengeluarkan hasil,” ujarnya dalam ucapan perasmian.

Turut hadir Pegawai Daerah Bagan Datuk Mohamad Ghopran Yeop Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup Datuk Shahrul Zaman dan ADUN Hutan Melintang Wasanthee Sinnasamy.

-ZS-

Tinggalkan komen anda