Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

BAP Rancakkan Ibu Bapa Beli Keperluan Sekolah

By 6 Februari 2025Februari 13th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah (Perlis)

KANGAR, 6 Feb (MalaysiaAktif) – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) inisiatif yang diberikan oleh kerajaan MADANI kepada para pelajar sekolah termasuk tingkatan 6, iaitu BAP dengan nilai tunai RM150, dilihat meringankan sedikit bebanan para ibu bapa dalam perbelanjaan persekolahan.

Suasana salah sebuah kedai yang menjual pakaian dan kelengkapan sekolah

Ketika tinjauan di buat sekitar Kangar pada pagi ini, mendapati pemberian dalam bentuk bantuan tunai ini dilihat telah merancakkan pembelian barang sekolah sekitar Kangar.

Kedai Mariam dan Anak-Anak, antara tumpuan para ibu bapa mendapatkan keperluan barangan sekolah

“Diharapkan para ibu bapa tidak salah guna duit bantuan untuk anak-anak dapat membeli barang keperluan sekolah,” ujar Hamelah Hashim, 65.

Menurut seorang pelanggan lain, yang ditemui di sebuah pasar raya Ten Ten, Noriza Hashim, 48, daripada Kampung Kua Tambun Tulang, berkata, beliau membeli untuk melengkapkan keperluan anaknya yang berada di tingkatan 3 seperti beg dan juga blazer sekolah.

“Syukur, walaupun saya mendapat bantuan lain, tetapi dengan BAP ini ia membantu saya melengkapkan lain-lain keperluan untuk anak sekolah,” katanya.

Menurut seorang pekerja sambilan di salah sebuah kedai yang menjual barang keperluan sekolah, Erinie Afarisha, 18, bermula daripada mula cuti sekolah sehingga kini, tidak putus-putus ibu bapa datang ke kedai mendapatkan pelbagai barangan keperluan sekolah yang ada dijual di sini seperti set baju sekolah dan juga kasut sekolah.

“BAP ini saya lihat, sedikit sebanyak membantu terutama bagi keluarga yang membuat persiapan persekolahan,” katanya ketika di temu bual di Jalan Barrack, Kangar.

Usaha pihak kerajaan persekutuan ini dilihat telah meringankan bebanan kewangan, terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

-AA-

Tinggalkan komen anda